Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2009

PERGINYA SEORANG KAKAK DI PENGHUJUNG RAMADHAN..

Imej
Tanggal 19/09/2009 bersamaan 29 Ramadhan tepat jam 4.45am.. Azizah binti Osman pergi buat selama-lamanya meninggalkan semua ahli keluarga tanpa berkata & buka mata untuk kali terakhir.. kak ngah dimasuk ke hospital ampang pada 04/09/2009 setelah tidak sedarkan diri selama 5jam..sebelum itu Kak ngah telah sakit sejak dirumah mak lagi..pada malam rabu saya menerima panggilan dari mak yang menyatakan yang Kak ngah saya sakit teruk..Mak menyuruh saya balik kampung untuk ambik mereka bawa ke rumah saya untuk berubat.. bila sampai ke hospital doktar menyatakan yang kak ngah saya sudah kretikal sangat bila2 masa je dia akan pergi..doktar berkata kak ngah ada pendarahan usus yang teruk, tekanan darah tinggi, kencing manis yang tinggi, serangan jantung, buah pinggang rosak dan paru2 berair. semua organ dalaman kakak dah rosak.. kami sekeluarga rasa tak percaya macam mimpi je yang kak ngah sakit teruk macam tu sekali sebab semasa dirumah saya kak ngah masih boleh bercakap dan berjalan..kami ...