Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2009

PERGINYA SEORANG BINTANG

Imej
Asalamualikum, jam 10.00 pagi tadi kita dikejutkan dengan pemergian seorang bintang nasyid yang sangat terkenal iaitu US ASRI IBRAHIM, beliau rebah ketika memberi ucapan untuk program SYAHADAH musim kelima di RTM. dan terus dikejarkan ke Hospital Pantai di Bangsar.Beliau adalah salah sorang idola aku, aku membesar dengan lagu2 yang dinyayikannya..dan aku telah lama kenal beliau (arwah) sejak dari aku kecil dan pernah bernasyid bersama2 kumpulan RABBANI di beberapa buah konsert. Bagi aku beliau adalah penasyid yang paling terbaik setakat ini dan tidak ada tukar gantinya lagi sampai bila-bila. Ini adalah gambar2 aku dan Arijal bersama kumpulan Rabbani dan arwah semasa membuat persembahan, marilah kita bersama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk beliau, AL FATIHAH. kali terakhir bersama2 us asri di majlis perkahwinan abg bad..kat rembau negeri 9...

PERCUTIAN YANG MENGERIKAN..

Imej
1 ogos 09 - 4.30ptg, adalah hari yang tak akan aku lupakan sampai bila-bila pun..bercuti yang mengembirakan bertukar percutian yang ngeri apa bila aku kehilangan kuku manis sebelah kananku..disebabkan tersepit kerusi kayu lipat yang duduk kat pandai PD..ALLAH sahaja yang tahu bertapa sakitnya aku time tu..macam nak terputus semua urat2 tanganku ni..laki ku pun terus hantar ke klinik mesra di PD..sebenarnya time nak dtg PD laki ku ada bergurau dalam kereta pasal klinik mesra ni..siap dia buat mesra... mcm bob(af) tu buat. rupa2 betul2 nak pi klinik tu..heee kelakarkan..heee..tu lah doulat namanya.. aku xkan lupakan kejadian ni..rasa dah fobia nak duduk atas kerusi kayu lipan kan pantai tu..elok2 nak happy jadi lain pulak...