PERGINYA SEORANG BINTANG






Asalamualikum, jam 10.00 pagi tadi kita dikejutkan dengan pemergian seorang bintang nasyid yang sangat terkenal iaitu US ASRI IBRAHIM, beliau rebah ketika memberi ucapan untuk program SYAHADAH musim kelima di RTM. dan terus dikejarkan ke Hospital Pantai di Bangsar.Beliau adalah salah sorang idola aku, aku membesar dengan lagu2 yang dinyayikannya..dan aku telah lama kenal beliau (arwah) sejak dari aku kecil dan pernah bernasyid bersama2 kumpulan RABBANI di beberapa buah konsert. Bagi aku beliau adalah penasyid yang paling terbaik setakat ini dan tidak ada tukar gantinya lagi sampai bila-bila. Ini adalah gambar2 aku dan Arijal bersama kumpulan Rabbani dan arwah semasa membuat persembahan, marilah kita bersama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk beliau, AL FATIHAH.

kali terakhir bersama2 us asri di majlis perkahwinan abg bad..kat rembau negeri 9...

Ulasan